I'll take a '5' with a '10' attitude over a '10' with '5' attitude any day.

Saya akan memilih '5' yang bersikap '10' berbanding '10' yang bersikap '5'


Perjumpaan Guru MP ICT Selangor 30 Januari 2010

Perjumpaan Guru MP ICT Selangor 30 Januari 2010
Perjumpaan Pertama guru mp ICT Selangor di Pusat Pengurusan Latihan Seksyen 6, Shah Alam

GURU PANITIA MP ICT SELANGOR 2009

GURU PANITIA MP ICT SELANGOR 2009
CASUARINA IPOH

KUTV PPD & Guru Penyelaras Bestari Selangor

KUTV PPD & Guru Penyelaras Bestari Selangor
Concorde Inn, KLIA 2009

GURU MP ICT SELANGOR

GURU MP ICT SELANGOR
KETUA PANITIA : PANGKOR

GURU-GURU BARU MP ICT SELANGOR

GURU-GURU BARU MP ICT SELANGOR
GURU BARU/BUKAN PANITIA MP ICT : LE PARIS, PORT DICKSON, N.SEMBILAN

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010



PERUTUSAN HARI GURU 2010

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasehi sekelian.
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010 kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.
2. Tahun ini, sekali lagi tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.
3. Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.
4. Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.
5. Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Rasulullah SAW sejak awal sudah mencontohkan dalam mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau
lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.
Warga pendidik dan pelajar sekelian..
6. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.
7. Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan. Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran
tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
8. Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.
9. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.
10. Penilaian Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.
11. Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.
Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia dan berharap tahun 2010 ini akan membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan negara dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.
TERIMA KASIH CIKGU! …“SELAMAT HARI GURU”.

Wednesday, March 10, 2010

ANUGERAH GURU & PEMIMPIN DALAM ICT

Walaupun masalah perbelanjaan berhemah, Jabatan Pelajaran Selangor berbesar hati untuk memberikan anugerah guru dan pemimpin dalam ICT dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor.
Sehubungan dengan itu kepada guru dan pengetua yang berminat untuk penganugerahan ini bolehlah berhubung dengan Ketua Unit Teknologi dan Vokasional (KUTV) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum 15 Mac 2010.

Tuesday, March 2, 2010

BERSAMA MENTERI PELAJARAN DI ASTRO AWANI

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan ke udara secara langsung membincangkan Agenda Pendidikan Negara dalam Program Astro Awani seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 8.15 malam
Saluran: 501 Astro Awani

Semua warga pendidikan di semua peringkat digalakkan untuk bersama-sama menonton program tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap dasar-dasar dan agenda pendidikan Negara yang akan dibincangkan.


Sekian. Terima Kasih.

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL



RASULULLAH SEBAGAI CONTOH

Rasulullah, dalam keadaan dan kedudukan seperti apapun, menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia. Dari sekalian perwatakan Rasulullah SAW, yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingan meskipun kita kumpulkan seluruh budi pekerti mulia yang dimiliki manusia di dunia ini. Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Salah satu doa baginda yang dimaksudkan adalah :

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’


Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’an al-karim yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Q.S.Al-Qalam 68:4).

Dalam hadits lain Rasulullah menyatakan: “Seorang mukmin menjadi mulia karena agamanya, mempunyai kepribadian kerana akalnya, dan menjadi terhormat kerana akhlaknya” (H.R.Hakim).

Malah Rasulullah mengatakan: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya” (H.R.Tirmidzi).

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik”

‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’


Mafhum Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)

Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari keliling mu’

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’

Ali r.a. berkata :

‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

Akhlak utama dan mulia itu adalah Akhlak Rasulullah SAW. Ahmad Muhammad Al-Hufi telah menulis buku menjelaskan bagaimana akhlak Nabi. Karena tidak semuanya bisa diungkap, Al-Hufi menamai bukunya dengan Min Akhlaq an-,abi (Sebahagian dari Akhlak Nabi). Di antara akhlak Nabi yang diuraikan oleh Al-Hufi adalah berani, pemurah, adil, iffah, benar, amanah, sabar, lapang hati, pemaaf, kasih sayang, mengutamakan perdamaian, zuhud, malu, rendah hati,
musyawarah, kebaikan pergaulan dan cinta bekerja. Tentu saja semua akhlak Rasulullah tersebut menjadi tauladan bagi kehidupan kita.

Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernah aku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin Abi Haala kerana dia adalah seorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan aku sangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan.


Sumber Rujukan;

  • Blogspot : Tuan Mustaffa

Wednesday, February 10, 2010

LAWATAN DELIGASI KOREA KE SMK AMPANG PECAH



10 Februari 2010 Rabu, Selain dari menerima pelawat dari seluruh Malaysia. SMK Ampang Pecah juga menerima pelawat dari KOREA SELATAN. Lawatan rombongan dari Korea ini bertujuan untuk melihat kolabrasi e Lerning yang boleh dilaksanakan antara sekolah-sekolah Malaysia dan Korea Selatan. Vice President DUNCT Korea Inc, Seoul berharap lawatan ini akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara sekolah-sekolah Korea dan Malaysia untuk program penggunaan, pembudayaan ICT dan program e Learning di masa hadapan. Rombongan korea ini telah diiringi oleh pegawai dari JPN Selangor, Telekom Smart School, MDeC (MSC) dan BTP.

PENGIKTIRAFAN KEPADA SMK AMPANG PECAH, HULU SELANGOR






10 Februari 2010 Rabu, SMK Ampang Pecah telah dilawati oleh rombongan seramai 60 orang Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengetua, Guru Besar dari seluruh negeri di Malaysia, Vice Prisedent DUNCT Korea, pegawai dari MDeC dan KPM. Penghormatan ini diberi kerana kejayaan SMK Ampang Pecah menjadi sekolah terbaik dalam penarafan SSQS dan penggunaan ICT terbaik di kalangan 15 buah sekolah-sekolah peluasan pembestarian luar bandar di Malaysia. Sebuah lagi sekolah yang telah berjaya membudayakan ICT dalam program peluasan ini ialah SJKT Vangesar. Tahniah SMK Ampang Pecah dan SJKT Vangesar, semoga menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di Selangor untuk mencapai tahap 5 bintang dalam penarafan SSQS. Tiga buah sekolah telah terpilih untuk program peluasan tahun 2010 ialah SK Panatai Sepang Putra, SJKC Ping Ming dan SJKT Tepi Sungai.

Sunday, February 7, 2010

MESYUARAT PERTAMA BERSAMA PENGARAH BARU


08 Februari 2010, Mesyuarat pertama bersama Pengarah Baru, Jabatan Pelajaran Selangor Tuan Sulaiman bin Wak, dalam ucap utama beliau meminta agar Jabatan Pelajaran Selangor terus menerajui kecemerlangan pendidikan di Selangor. Kecemerlangan tidak datang begitu sahaja ianya perlu diusahakan dan dikekalkan melalui kaedah yang bersesuaian dengan situasi.

Program-program lalu akan diteruskan disamping dibuat penambahbaikan dari masa ke masa selaras dengan MS ISO 9001:2008 (SIRIM) yang diperolehi oleh Jabatan Pelajaran Selangor Sekarang. Penambahbaikan perlu dibudayakan oleh semua peringkat dari atas hingga ke bawah yang melibatkan semua warga pendidik di Selangor. Dengan adanya komitmen dari semua warga pendidik Selangor diharap Selangor akan terus mengungguli dan menerajui kecemerlangan dalam pendidikan. Program pemantau ke sekolah bagi membimbing guru-guru menjalankan pengajaran & pembelajaran secara berkesan akan diteruskan dan dijadikan fokus utama agenda Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah. Moga Pengarah baru akan memberikan semangat dan suntikan perangsang untuk warga pendidik Selangor mencapai kecemerlang di masa hadapan.

HAPPY CHINESE NEW YEAR



Untuk Semua Guru Berbangsa Cina, Kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010. Moga Tahun Harimau ini akan membawa kejayaan kepada guru-guru berbangsa Cina untuk terus cemerlang dalam pendidikan di Selangor. To ICT Teacher Choo Keng Fook and Eng Yok Goh, "KONG HEI FAT CHOI".

Friday, February 5, 2010

BIDANG KEBERHASILAN NEGARA (NKRA)


BIDANG KEBERHASILAN NEGARA DALAM PENDIDIKAN

Terdapat empat teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu:

PRA-SEKOLAH

Meningkatkan kadar penglibatan pra-sekolah untuk kanak-kanak berumur lingkungan 4 dan 5 tahun kepada 87% menjelang 2012; dan meningkatkan kualiti sistem dengan menjadikan pra-sekolah kerajaan dan swasta sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

LITERASI dan NUMERASI (LINUS)

Setiap pelajar akan menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun berada dalam pendidikan peringkat rendah menjelang tahun 2012.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT/HPS)

Menghasilkan 100 sekolah berprestasi tinggi (HPS) menjelang 2012 dengan budaya, karektor dan identiti unik dengan usaha yang berterusan ke arah kecemerlangan pelajar, dan peningkatan pencapaian sekolah-sekolah lain dalam sistem.

TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH (BAI'AH)

Menghasilkan penilaian baru berasaskan pencapaian untuk menilai pengetua dan guru besar dengan memberi ganjaran bermakna atau tindakan bersesuaian kepada pekerja-pekerja yang berpencapaian cemerlang dan tidak.

Wednesday, February 3, 2010

PARKING EKSLUSIF


Semasa pemantauan dibuat ke sekolah, inilah salah satu POSE terbaik yang diperolehi. Kalau Cikgu-cikgu sebagai pemantau, apa tindakan Cikgu pada empunya kereta ini?? Sila KOMEN!

Just to know teacher CRITICAL THINGKING.

PENGARAH BARU SELANGOR


Inilah Pengarah Baru Selangor Mulai 01 Februari 2010. Tuan Sulaiman bin Wak, sebelum ini adalah Mantan Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selamat Datang kepada Tuan Pengarah, semoga kehadiran tuan ke Selangor akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan di Negeri Selangor dan terus menjadi pemangkin untuk pendidikan di Selangor terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tuesday, February 2, 2010

BUKU SURE A DI PASARAN

HANGAT DI PASARAN

BUKU KERJA SURE A yang diusahakan oleh Guru Panitia ICT Selangor kini berada di pasaran. Buku kerja SURE A ini merupakan Handy Book yang boleh digunakan oleh pelajar yang mengambil mp ICT untuk membuat latihan mengikut LA yang telah ditetapkan. Buku kerja ICT pertama dalam pasaran diusahakan oleh Guru Panitia ICT Selangor ini memberi penekanan kepada Learning Outcomes yang merangkumi tingkatan 4 dan 5 di mana tumpuan kepada membuat ulangkaji dan latihan.
Kepada yang berminat mendapatkan buku SURE A ini sila hubungi wakil-wakil Panitia yang telah dilantik :
Kuala Langat : En. Zaharudin bin Hassan 0192848052
Hulu Selangor : En. Rosli 0122575035
Kuala Selangor : En. Zulkifli 0192044020
Gombak : En. Shaharizan 0194734833
Sabak Bernam : En. Ahmad Muhid 0125702026
Klang : Cik Noorul Ahlam 0132070800
P.Utama : En. Ahmad Majid 0192788244
P.Perdana : Pn. Maizun 0192706779
: Pn. Mash Manjawani 0192250051
: En. Choo Keng Fook 0162792613

Sunday, January 31, 2010

Selamat Bertukar Dr.Hj. Zahri bin Aziz

Selamat Bertugas Di Tempat Baru Yang Berbahagia Dr.Hj. Zahri bin Aziz. Dengan nada yang sedih kami menerima pertukaran beliau melalui ucapan terakhirnya pada hari jumaat 29 Januari 2010. Bagi kami YB Dr. Pengarah adalah pengarah yang lembut tetapi tegas.

Bagi saya terngiang diingatan bila beliau berucap "Saya tidak suka yang MEDIOCRE saya mahu yang terbaik". Itulah "Kata Hikmat" yang akan saya teruskan bahawa saya akan selalu menjadi yang TERBAIK. Terima kasih Dr. Pengarah kerana tunjuk ajar dan nasihat. Moga Dr. Hj. Zahri akan terus mengapai kejayaan selalu.

Beliau akan menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berkuatkuasa 26 Januari 2010.

JADILAH AHLI DAN FOLLOWERS BLOG INI

Salam kepada semua pelawat blog. Jadilah ahli dan followers untuk hubungan yang berkekalan. Tahniah kepada Cikgu Mussali kerana menjadi "Followers Sulung" blog ini.

Saturday, January 30, 2010

RESOLUSI 1 : PERJUMPAAN 1/2010

Alhamdulillah, 30 Januari 2010 (Sabtu) seperti dirancang Program Perjumpaan Kali 1/2010 di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor telah berjalan dengan baik. Kekangan perbelanjaan secara berhemah bukan halangan untuk program perjumpaan ini dijalankan. Tahniah kepada guru-guru yang hadir kerana tiada surat rasmi panggilan dikeluarkan, tiada tuntutan perjalanan, tiada makan dan minum disediakan tetapi mereka hadir dengan satu semangat "Hidup Dalam Pasukan". Pepatah ada menyebut "Bulat Air kerana Pembentung, Bulat Manusia pula kerana Muafakat". Semangat Sepasukan adalah satu "Azimat" yang dapat menentukan Kejayaan atau Kegagalan sesebuah Organisasi yang mempunyai bilangan ahli yang ramai. Selangor yang terkenal dengan bilangan sekolah, guru dan kakitangan teramai di Malaysia adalah pelupor kepada penganugerahan SIRIM Jabatan Pelajaran Negeri ( Jabatan Pelajaran pertama dianugerahkan SIRIM) dan sentiasa berusaha untuk terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Guru-guru yang hadir pada perjumpaan ini telah membawa bersama mereka juadah (POT LUCK) bagi sama-sama menyumbang kepada pelbagai jenis juadah pada hari tersebut. Aktiviti dimulakan dengan ucapan dari Pegawai ICT, Sektor Pengurusan Akademik, wakil guru ICT Selangor dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Berberapa resolusi telah diambil pada perjumpaan ini antaranya ;
1. Mengadakan aktiviti perjumpaan ini sebulan sekali yang dinamakan "Perjumpaan Profesional Guru-Guru ICT Selangor".
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti manfaat untuk tujuan peningkatan prestasi dan keberkesanan P & P di dalam kelas.
3. Mengajurkan aktiviti riadah, aktiviti amal (KONVOI AMAL contoh kerumah anak yatim dsb) dan aktiviti hari keluarga.

Pelbagai lagi program akan dirancang dimasa hadapan berdasarkan pendapat dan cadangan dari semua warga ICT di Selangor. Harapan dari aktiviti ini ialah Selangor akan terus mengungguli kecemerlangan ICT Dalam Pendidikan dan pencetus KREATIVITI DAN INOVASI dalam ICT. Hidup Guru-Guru ICT Selangor.

Salam INFO Guru ICT Selangor

Salam kepada semua guru ICT di Negeri Selangor,
Alhamdulillah BLOG INFO Guru ICT ini akhirnya dapat
dibina bagi mengeratkan lagi "SEMANGAT SEPASUKAN",

Moga dengan terbinanya blog ini dapatlah penyaluran INFORMASI,
perkongsian maklumat dan pendapat JPNS, PPD dan semua guru ICT
di Selangor dikongsi bersama.

Salam Perkenalan 2010

Sekian, terima kasih.