08 Februari 2010, Mesyuarat pertama bersama Pengarah Baru, Jabatan Pelajaran Selangor Tuan Sulaiman bin Wak, dalam ucap utama beliau meminta agar Jabatan Pelajaran Selangor terus menerajui kecemerlangan pendidikan di Selangor. Kecemerlangan tidak datang begitu sahaja ianya perlu diusahakan dan dikekalkan melalui kaedah yang bersesuaian dengan situasi.
Program-program lalu akan diteruskan disamping dibuat penambahbaikan dari masa ke masa selaras dengan MS ISO 9001:2008 (SIRIM) yang diperolehi oleh Jabatan Pelajaran Selangor Sekarang. Penambahbaikan perlu dibudayakan oleh semua peringkat dari atas hingga ke bawah yang melibatkan semua warga pendidik di Selangor. Dengan adanya komitmen dari semua warga pendidik Selangor diharap Selangor akan terus mengungguli dan menerajui kecemerlangan dalam pendidikan. Program pemantau ke sekolah bagi membimbing guru-guru menjalankan pengajaran & pembelajaran secara berkesan akan diteruskan dan dijadikan fokus utama agenda Jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah. Moga Pengarah baru akan memberikan semangat dan suntikan perangsang untuk warga pendidik Selangor mencapai kecemerlang di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment