I'll take a '5' with a '10' attitude over a '10' with '5' attitude any day.

Saya akan memilih '5' yang bersikap '10' berbanding '10' yang bersikap '5'


Perjumpaan Guru MP ICT Selangor 30 Januari 2010

Perjumpaan Guru MP ICT Selangor 30 Januari 2010
Perjumpaan Pertama guru mp ICT Selangor di Pusat Pengurusan Latihan Seksyen 6, Shah Alam

GURU PANITIA MP ICT SELANGOR 2009

GURU PANITIA MP ICT SELANGOR 2009
CASUARINA IPOH

KUTV PPD & Guru Penyelaras Bestari Selangor

KUTV PPD & Guru Penyelaras Bestari Selangor
Concorde Inn, KLIA 2009

GURU MP ICT SELANGOR

GURU MP ICT SELANGOR
KETUA PANITIA : PANGKOR

GURU-GURU BARU MP ICT SELANGOR

GURU-GURU BARU MP ICT SELANGOR
GURU BARU/BUKAN PANITIA MP ICT : LE PARIS, PORT DICKSON, N.SEMBILAN

Saturday, January 30, 2010

RESOLUSI 1 : PERJUMPAAN 1/2010

Alhamdulillah, 30 Januari 2010 (Sabtu) seperti dirancang Program Perjumpaan Kali 1/2010 di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor telah berjalan dengan baik. Kekangan perbelanjaan secara berhemah bukan halangan untuk program perjumpaan ini dijalankan. Tahniah kepada guru-guru yang hadir kerana tiada surat rasmi panggilan dikeluarkan, tiada tuntutan perjalanan, tiada makan dan minum disediakan tetapi mereka hadir dengan satu semangat "Hidup Dalam Pasukan". Pepatah ada menyebut "Bulat Air kerana Pembentung, Bulat Manusia pula kerana Muafakat". Semangat Sepasukan adalah satu "Azimat" yang dapat menentukan Kejayaan atau Kegagalan sesebuah Organisasi yang mempunyai bilangan ahli yang ramai. Selangor yang terkenal dengan bilangan sekolah, guru dan kakitangan teramai di Malaysia adalah pelupor kepada penganugerahan SIRIM Jabatan Pelajaran Negeri ( Jabatan Pelajaran pertama dianugerahkan SIRIM) dan sentiasa berusaha untuk terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Guru-guru yang hadir pada perjumpaan ini telah membawa bersama mereka juadah (POT LUCK) bagi sama-sama menyumbang kepada pelbagai jenis juadah pada hari tersebut. Aktiviti dimulakan dengan ucapan dari Pegawai ICT, Sektor Pengurusan Akademik, wakil guru ICT Selangor dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Berberapa resolusi telah diambil pada perjumpaan ini antaranya ;
1. Mengadakan aktiviti perjumpaan ini sebulan sekali yang dinamakan "Perjumpaan Profesional Guru-Guru ICT Selangor".
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti manfaat untuk tujuan peningkatan prestasi dan keberkesanan P & P di dalam kelas.
3. Mengajurkan aktiviti riadah, aktiviti amal (KONVOI AMAL contoh kerumah anak yatim dsb) dan aktiviti hari keluarga.

Pelbagai lagi program akan dirancang dimasa hadapan berdasarkan pendapat dan cadangan dari semua warga ICT di Selangor. Harapan dari aktiviti ini ialah Selangor akan terus mengungguli kecemerlangan ICT Dalam Pendidikan dan pencetus KREATIVITI DAN INOVASI dalam ICT. Hidup Guru-Guru ICT Selangor.

3 comments:

ashikin said...

Salam untuk semua Guru ICT Selangor. Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke perjumpaan kali 1/2010.Walaubagaimanapun TAHNIAH kepada En Zahri dan Pn Zuraida serta guru ICT yang hadir kerana dapat merealisasikan perjumpaan yg telah dicadangkan. Saya juga mengharapkan BLOG ini akan dapat dimanfaatkan utk menyalurkan informasi terkini kepada guru ICT Selangor. Resolusi yg telah diputuskan itu saya menyokong penuh. Insyaallah saya akan hadir pada perjumpaan seterusnya sekiranya tiada aral.

Penasihat & Pengerusi Guru ICT Selangor, Jabatan Pelajaran Selangor, said...

Terima kasih atas sokongan.

KFC said...

Dalam perjumpaan ini buku buku Sure A telah di edarkan kepada guru guru berikut untuk jualan secara tunai , yang berminat sila hugungi mereka Tq

Daerah Kuala Langat : En Zaharudin(SMK Jenjarom) 0192848052
Daerah Hulu Selangor : En Rosli (SMK Kuala Kubu Baru) 0122575035
Daerah Kuala Selangor : En Zulkifli (SMK Seri Tanjung) 0192044020
Daerah Gombak : En Shaharizan (SMk Rawang )0194734833
Daerah Sabak Bernam : En Ahmad Muhid (SMK Sg Besar)0125702026
Daerah Klang :Cik Noorul Ahlam (smk Telok Gadung)0132070800
Daerah Petaling Utama : En Ahmad Majid (smk Taman Dato Harun) 0192788244
Daerah Petaling Perdana : Pn Maizun (0192706779)
Pn Mash Manjawani (smk Saujana Utama) 0192250051
Bayaran TUNAI Sahaja!
terima kasih !
Choo Keng Fook (Smk Taman Klang Utama ) 0162792613)