Alhamdulillah, 30 Januari 2010 (Sabtu) seperti dirancang Program Perjumpaan Kali 1/2010 di Pusat Pengurusan Latihan, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor telah berjalan dengan baik. Kekangan perbelanjaan secara berhemah bukan halangan untuk program perjumpaan ini dijalankan.
Tahniah kepada guru-guru yang hadir kerana
tiada surat rasmi panggilan dikeluarkan, tiada tuntutan perjalanan, tiada makan dan minum disediakan tetapi mereka hadir dengan satu semangat "
Hidup Dalam Pasukan". Pepatah ada menyebut "Bulat Air kerana Pembentung, Bulat Manusia pula kerana Muafakat". Semangat Sepasukan adalah satu "
Azimat" yang dapat menentukan Kejayaan atau Kegagalan sesebuah Organisasi yang mempunyai bilangan ahli yang ramai. Selangor yang terkenal dengan bilangan sekolah, guru dan kakitangan teramai di Malaysia adalah pelupor kepada penganugerahan SIRIM Jabatan Pelajaran Negeri ( Jabatan Pelajaran pertama dianugerahkan SIRIM) dan sentiasa berusaha untuk terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Guru-guru yang hadir pada perjumpaan ini telah membawa bersama mereka juadah (POT LUCK) bagi sama-sama menyumbang kepada pelbagai jenis juadah pada hari tersebut. Aktiviti dimulakan dengan ucapan dari Pegawai ICT, Sektor Pengurusan Akademik, wakil guru ICT Selangor dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Berberapa resolusi telah diambil pada perjumpaan ini antaranya ;
1. Mengadakan aktiviti perjumpaan ini sebulan sekali yang dinamakan "Perjumpaan Profesional Guru-Guru ICT Selangor".
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti manfaat untuk tujuan peningkatan prestasi dan keberkesanan P & P di dalam kelas.
3. Mengajurkan aktiviti riadah, aktiviti amal (KONVOI AMAL contoh kerumah anak yatim dsb) dan aktiviti hari keluarga.
Pelbagai lagi program akan dirancang dimasa hadapan berdasarkan pendapat dan cadangan dari semua warga ICT di Selangor. Harapan dari aktiviti ini ialah Selangor akan terus mengungguli kecemerlangan ICT Dalam Pendidikan dan pencetus KREATIVITI DAN INOVASI dalam ICT. Hidup Guru-Guru ICT Selangor.